Thursday, February 26, 2009

annyong hashimnigga ^_~


first of all... congrats sopek ngan dz yg dh pon 'terbang' ke korea selatan pd jam kul 12++ a.m pg td... mst bez gler kt sne... dpt g jln2... tp depa g 4 study... basya!! aq pon nk sgt g korea... hope dpt r gk g sne t ngan kwn2 especially... :P x tau nk luahkn pe g...

~pulau jeju~

hah...!! sok kne hntar byk gler kje chem... past year nye... tutor g... tp seb bek dah siap (copy...) hoho... syhhh... jgn gtau org len ek...

~kamsa hamnida... ^_^

Friday, February 20, 2009

innalillah....~

smlam...
kt dlm lcture hall... kmi sume trtgu-tgu... ne r pn. norlizawati nie... slalunye spe dtg lmbt kne kunci kt luar hall... smlm time klass +han kul 4-5 die btalkn lak... sket kple ktenye...
x shat kot...?? dh 15 min brlalu tnpa dsedari... tbe2 our chubby lcture head come 4ward and gtau kmi yg lcture bio cancel...!!! kmi pon pe g sdey gler... (padahal melompat-lompat... :P) hehehe...
tbe2 mus kte yg pn. msok hospital krna mgalami KEGUGURAN... kmi sume trcengang + trkjot... sume jd sdey + simpati kt beliau...

p/s: pn. shat cpat... kmi x sbar nk blaja bio...!!! ^_^

Wednesday, February 18, 2009

pnat tol r...

tensi3...
x tau r npe hari nie aq cmnie...
dlm lcture smbg...(seb bek ade gk kwn nk smbg...) :P
dlm klas SI lak bce komik kt onemanga...
ptg ni ad lcture bio lak...
smpi kul 5...
lme nye...

aja2 fighting...

smlm aq klah tenis kt semi...
6-4... sengit gler...
ne x nye lwn ngan dak KAKOM...
aq nie almost je... + kaki ley seliuh lak ble nak amek serve prtame paan...
hmm... sem lpas johan... tp sem nie mgkn tmpt ketiga... sdey tol... haha...

team t.hunt pon kalah... last lak 2... haha...
malang tol smlm...
mgkn sbb 2 kot aq agk krang smgt hr nie...

xp2...
smlam aq dah amek borg msok prtndgan nasyid sempena FKI...
jd x-T6 still ade g hrpan kte...
huhu...

Friday, February 13, 2009

baca dgn hati seorang ISLAM...

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut. Huru hara lah suasana di carrefour itu.

Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.

Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Tuesday, February 10, 2009

suami mithali dambaan wanita...

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita.

Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri.Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari.Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin.Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri.Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif.Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf.Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'.Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat.Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati.Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif.Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi.Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

*tukarkan perkataan isteri kepada 'teman wanita' tapi... x SEMUA...!!

Sunday, February 08, 2009

mencintai = melindungi...???

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.


Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?


Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)


Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.


Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.


Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.


Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?


cinta ke kapel..??

nyum... nyum...

hoho... smlam aq msak cheesy makaroni... sdap...
usha r gmbar2 ni... adib jgn jeles aq msak...


cheesy makaroni...


ni r bhn2 utamanye... cheese lpe nk bli time nie... haha... ^_^

msokkn daging lu...

ltakkn lak secret ingredients... 0_0

xkn nk tnjuk sume kot kn...?? so kte troskn ngan ltk makaroni...

pastu pe g... gaul r...

tp pastu kte msokkn kt dlm bkas than panas ala2 taq polymerase gitu..

haha... + cheese ikot ske anda... & bake it up...



dah siap...















kucing & islam...

Tahukah anda...??

Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!


Jom tengok penjelasan sains!

Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apa-apa jua hidupan di dunia ini, adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!

DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu. Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 genes. Gene adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita. Satu gene, boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA! Maka, bayangkanlah betapa banyak molekul DNA yang membentuk diri kita!

Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Seperti yang saya katakan, kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.
(mentang2 r hayat student...) ^_^

“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.
(Surah Yaasin: 36)



Untuk dipendekkan cerita, kita pergi pada kucing terus. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.

Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!

Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX!
Kucing Jantan 3 Warna?

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?

Dari mana datangnya?

Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.
Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe... :P


Kucing Chimera?

Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, iaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!

Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak seiras. Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.

Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.

Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
[13:3]

Kucing dan Islam!

Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?

Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!

Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.
Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:

"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.

Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.

Sampingan: Kalau kita tengok kedua-dua hadis ini, kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan. Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan, sama ada menyayangi, mahupun membenci. Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi. Kalau lelaki, mungkin hati kering sedikit. Tapi dengan wanita, emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga, mahupun ke neraka! Justeru, jadilah wanita yang pandai mengawal emosi!
Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.
























tokoyaki..!!

Takoyaki (literally fried octopus) is a popular Japanese dumpling made of batter, octopus, tenkasu, pickled ginger, konnyaku, and green onion, topped with okonomiyaki sauce, nori (edible seaweed wrappers), mayonnaise, and katsuobushi (fish shavings). Making takoyaki requires a takoyakiki, a special frying pan made of cast iron with hemispherical molds. Although takoyaki can easily be made at home, provided the equipment is available, it is usually considered fast food and is almost exclusively sold on the street. Frozen takoyaki is also available. It is especially popular in the Kansai region but has seen a surge in popularity in recent years in other parts of Japan. In the Kansai region, takoyaki is considered a side dish and eaten with a bowl of cooked rice. Elsewhere in Japan it is eaten without rice as a snack food.

so hari sy nk ajar anda sume cmne nk wat tokoyaki... sdap tau...



Bahan-bahan (Tepung Takoyaki)


1 cawan Tepung Gandum


290 cc Air


¼ sudu kecil Baking powder


1 sudu kecil garam





Bahan-bahan Isi Takoyaki


2 biji TelurTako ( octopus, kalu takde guna squid)


Daun Bawang


Carrot dadu


Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)


Sos TakoyakiDashi ( substitute dgn cube ikan bilis)


Nori@Rumpai laut yg hancur


mayonis





Cara-cara:


- Bancuh Tepung dan air hingga rata kesemuanya.


- Masukkan telur dan kacau lagi.


- Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.


- Setelah adunan siap, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. Rebus dulu tako atau squid sehingga masak.


- Letak dan panaskan takoyaki mould (rupa mcm tuang kuih cara cuma dia bulat2) di atas dapur dan sapukan sedikit minyak.


- Apabila kuali panas, masukkan adunan tepung ke setiap acuannya menggunakan senduk.Kemudian masukkan pula inti tako iaitu tako@ squid, carrot dan daun bawang.


- Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak.


- Apabila tepung kelihatan agak masak, terbalikkan ianya ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat. Ini adalah untuk memastikan kesemua bahagian tepun itu benar-benar masak. Nak senang guna lidi, pusing2 nnti dia jd bulat.


- Dah masak, hidangkan di atas pinggan hiaskan bersama sos dan bahan-bahan hiasan lain seperti fish flakes (bonito fish), nori (lihat pd gambar ) dan mayonis.


- Sedap di makan ketika masih panas.





Selamat mencuba!

ni r rupe tokoyakinye... sdap gler...

pe nk wat ek setiap pagi..??

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Saturday, February 07, 2009

BANGKIT SEGERA...!!!

Mana pemuda - pemudi..?
Mengapa kian malap bara juangmu..?
Di mana unggun yang di julang itu..?
Ke mana pergi..?

Bangkitlah..!
Hiraukan bayu yang menegur..
Tahjut nanti taufan pula yang menampar..
Tidak sempat untuk kau mengelak..

Usah goyah..
Usah gentar..
Usah tunduk pada kekalahan..
Mana kau tahu itu penghujung segala..?

Bangkitlah segera..!
Jurangmu masih jauh berbeda..
Lupakah dikau pesanan 'ulama..?
Muslim itu x boleh lemah..!

Bukankah itu satu kebenaran..?
Maka sahutlah..
Sambutlah kalimat itu..
Dengan bangga ke lagit yang tinggi..
Agar goyah kubu musuhmu..

Sekali rebah..
Takkan bisa melemahkan dayamu..
Kerana ia umpama gigitan semut..

Luangkan masamu..
Pada helaian kalimah RABB..
Kerana itulah jalan bagimu..