Friday, December 31, 2010

edisi 'akhir tahun & awal tahun'


salam...

pagi yg indah cmnie x elok aq bazirkan ngan mmbuat taik mate... huhu... lbey baek aq kuar umah hirup udara yg segar bugar yg dingin pagi2 nie...

semalam, aq g r bandar Teluk Intan (TI)... aq mmg slalu g TI mmandangkan byk kwn kt sne...
mmg enjoy r smlam wlaupon xd wat pape...

nak kte kmi tgk wyg... x d pon... men bowling... mmg x d pon...
jd pe yg kmi wat?

kmi lpak2 je... kt masjid daerah... tmpat bkumpul wajib yg kmi g...

then,

kmi g stesen bus baru kt Bandar Baru... Hadi ada hal sket, nk tuka tarikh bas...

tapi!

Tuesday, December 28, 2010

course registration!!!

salam...

semalam dengan perasaan yang semangat nak mendaftar subjek melalui atas talian namun terhenti tatkala aq tidak dibenarkan... kerana masih belum membayar yuran... bacalah entry semalam...

namun hari ini aq selaku pelajar yang berhati waja, telah pun membayar yuran tersebut dengan perasaan gundah-gulana...

kenapalah aq tidak dapat PTPTN? kalau JPA aq tau bahawasanya aq memang tidak layak sama sekali untuk memohon... maklumlah keputusan aq tidak seberapa... namun aq tetap bersyukur... kerana itulah usaha aq...

'sape suh ko malas kaled!! serves you right!!'
bermonolog seketika...

apa pun yang terjadi, yang sudah biarkan berlalu...

hari ini sesudah aq membayar yuran, aq lepak seketika dengan kawan2 sekerja dahulu... bercerita, berbual ada yang kosong dan ada yang penuh... gelak, tawa, semua ada... cumakami tidak menangis di kedai tersebut... kelakar pula jika ada yang menangiskan?

apa yang ingin aq ceritakan tadi ya??
sudah melalut pula...

oh ya!!
aq sudah mendaftar dengan jayanya...
subjek juga sudah aqpilih dengan sewarasnya...

cuma...

2subjek sahaja lagi yang masih belum boleh di daftar...

mungkin lain hari?

aq tegar menunggu...

salam sayang buat pembaca...



*npe ni b'laku?? moh kte sme2 menaik an taraf Bahasa Melayu!!


Monday, December 27, 2010

keabadian cinta...

salam...

bce je tjok entry kt atas rse cam jiwang semacam r lak...

tp hati ngah kacow!! nk register course td, tbe2 x dpt register... kne byar fees dulu...
okay, utk sape2 yg x tau, aq x dpt bantuan kewangan dri mne2 badan pon... cam PTPTN, JPA, MARA, etc... kecuali "PAMA"...

jd spe yg dpt bantuan dr badan2 yg di atas except "PAMA" fees akan tros dibayar dgn penolakkan wang biaya tue... mudah kan?? yke mudah?? ntah??

4 those yg x tau "PAMA" stands 4 'papa & mama'... kirenye tanggung sendirik r... :(

so, esok kne r aq angkat kaki g byar fees kt Bank Islam... huhh...

uiisshhh...
panjang lak mukadimah entry kali ni...

berbalek pd tjok entry kali ni,
"KEABADIAN CINTA"

ptg td aq ad r tonton 1 cte yg brtjok sedemikian... best cte die... sdey kot...
smpaikan aq igt g 1 dialog ehsan lakonan remy ishak yg brbunyik,

"orang kata cinta itu buta, namun aku tidak rasa sedemikian, malah aku merasakan yang cinta itu membuatkan aku dapat melihat jauh ke dalam..."

wah!! ayat die x ley blah... but, i like... :P

bile kte tntg cinta...
apa itu cinta??

Sunday, December 26, 2010

cne nk pilih??

salam...

hari ni 26 disember 2010... sok 27 disember 2010... mesti r sume org tau an... haha... pe r ko nie kalid!!

27 dis esok, aq kne rgister subjek pe yg aq nk blaja sem dpan... aq bru dpt tentukan 7 subjek... 5 je yg core, 2 lg tue wajib... so aq mmg xd decide pape pon kt sni...

ni die 7 subjek tue:

yg core>>
-biochemistry
-plant physiology
-microbiology
-statistic 2
-general chemistry 2

yg wajib>>
-ethnic relation
-TMX2012 (IT)

adoy!!!
byk an? ni bru yg mmg kne amek!! lom generic lg...

aq ngah konpius lg ni antara BM or BI...
ngah memikirkan lg ni...

ke nk amek je kedua2 subjek?
tp penoh kot kredit aq!!

ad ke mse nk revise sume subjek tue nnt??

aq xnk 'banana fruits two times'!!

adoy!!!

HELP ME!!

Saturday, December 25, 2010

cne ek??

salam...

bosan2 dok kt umah cuti2 nie, asyik on9 je kje aq.

brfesbuk r, bce komik2 r... FYI, aq bce 'One Piece' komik yg best gile 2 dr awal n now dh hbes pon 600 jilid!! 600 okay!! org pgil jilid eh?? pape je r...

n x tgal brblog!!

aq ske bce blog2 kwn2 yg aq 4llow... ade some blog 2 aq ske sgt dri cre die merapu, kongsi idea dan segalanye r... cre design layout blog pon aq ske...

cne ek dorg ni dpt idea nk brblog?
aq nie tgk org ad blog aq pon nk wat gak, tp aq lacking ideas!! nie yg mmwatkan 4llower blog aq x rmai. huhu... sal tu aq pon tau, msti r *ketidakbestsan blog nie yg mmwatkan org x nk 4llow blog aq ni... dah nk msok taon ke-3 blog nie...

ad blog yg wat giveaway... hadiah lak mashyuk2!!

aq nk giveaway? ad gk trpk, tp tgu dulu kot... pas dpt at least 50 4llower kot... hoho... :P

nie r antara blog2 yg aq ske...


best an??

so cne ek nk ad idea brblog??

Tuesday, December 21, 2010

detik2 yg cambest!!!

salam...

nak share sket tntg pe yg dh berlaku sepanjang 1 sem aq kt universiti di negara tercinta MALAYSIA!!! "MALAYSIA BOLEH"



*majlis ikrar pelajar!!!


*di saat kegembiraan memiliki trofi 'kenyalang'


*kt bazaar Ramadhan Bt.7


*masak2 bubur lambuk




*kelas Biodiversity Dr. Siti 'jungle2'


*keta ni like shit!! langgar bontot keta yg aq ngah nek... seb bek kwn aq yg drive...


*penat kot jd PENGARAH projek merdeka uni...


*riding basikal


*adib, aq gune 'keychain' yg ko bg sbgai penghias kunci bilik aq... (as u ask 4)


jumpa lagi len tyme... :P

(^_^)



Friday, December 10, 2010

K-POP!!!

alami pengalaman menarik bersama artis2 dari korea seperti 2pm,SuperJunior,Kara, Wonder Girls & banyak lagi... ingin tahu lebih lanjut?? klik link di bawah...

Sunday, December 05, 2010

mencari ketenangan jiwa yang hakiki...

salam...

jiwa aq kini x tenang... seperti selalu... byk saja masalah yg dihadapi... aq rasa aq byk melakukan perkara yg salah... aq mgkin berbuat jahat trhadap org laen atau diri aq sendiri... aq harap sesiapa yg ada aq berbuat yg tidak baek, harap maafkn aq...

manusia sering melakukan kesilapan... YA! itu benar namun, mengapa kita sering melakukannya?? kerana kita tidak pernah cuba utk mengelak dari melakukannya... itu sebabnya...

1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram

Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar

Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir

Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir

Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab

Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban

Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal

Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah

Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

artikel ini dicopy dari iluvislam.com

sempena kedatangan tahun baru mengikut kalender Islam, aq ingin mohon maaf atas segala kesalahan dan perkara yg tidak baek yg telah aq lakukan kpd sesiapa pun yg aq pernah lakukan...

harap maafkan aq...


Wednesday, December 01, 2010

TIDAK!!!! XO


salam...

demam exam dah hbes... kini demam cuti pula melanda mostly para mahasiswa2 universiti...

cite sal exam ni, x tau nak komen pe... 1st day exam pon dh trtggal slip exam... cuai gile aq... haha... malas r nk cite sal kecuaian yg melanda hri tu... paper yg paling aq cuak is paper STATISTICS... but dpat gk aq jawab ngan tenang sebab aq rse aq dh prepare dgan baeknye... huhu... :P

totally, exam kali agak cuak but best...

now is holiday time... dok kt umah je... terperap... agak2nye berat badan makin naek sket demi sket... adoyai... dah r time nak exam hri tu aq asyik dilanda masalah tekanan nk study... so nk hlangkan nye adalah mengunyah pe je yg bley dikunyah... so, i must gained some weight there... ni skang ngah cuti xd pe yg nkdi buat jadinye... mesti aq dapat menambah berat badan ngan jayanya... hoho... even x nk up kan berat tp itulah selalu yg terjadi...

TIDAK!!!!! XO


jika ad sesape yg mempunyai idea utk aq lakukan kt umah then sila tggalkn komen anda... :P

Sunday, November 14, 2010

terima kasih....

salam...

pada awal minggu lepas aq telah pun membeli sekaki payung yang baru... aq beli pun atas dasar kat sini sekarang asyik hujan turun dengan lebatnya... tambahan pula payung aq yg kaler biru tu dah hilang kerana aq x igt di mana aq letakkan nya...

aq beli r payung baru yang agak besar kerana senang kwn2 aq yang tiada payung nk 'tumpang'... aq beli kaler silver kerana dapat r ianya mereflectkan sinar sang suria yang akan kuar lepas hujan yang lebat...

*gambar hiasan

payung aq dikebas ketika aq di CAIS atau library... kuar2 je tgk2 dah tiada di tempat yg aq letak b4 msok library td... pak guard x bg bwak msok payung dalam ni mgkin sebab akan menyemakkan suasana kot...

aq rse agak marah kerana payung yang aq beli x sampai seminggu dah hilang!!! tp aq gak sdey kerana x sangka rakyat Malaysia masih lg ada yg sebegini menjadi pencuri... aq syak ianya dicuri kerana ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya... hbes aq kebasahan lagi...

namun, aq ad bce blog abang fitri ezwan td, seorang senior di sekolah menengah ku...

betul juga... lbey baek aq mengambil kesempatan ini untuk berdoa kepada-Nya... ya Tuhan berikanlah aq kekuatan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal aq hadapi... berikanlah aq kejayaan...

sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu makbul... insyaAllah...

kepada si pencuri, terima kasih...

(^_^)




Thursday, November 11, 2010

tekanan perasaan....


salam...

sejak kebelakangan ini aq asyik mengalami tekanan perasaan... macam2 yang aq fikirkan...

exam yang sedang berlangsung sekarang adalah perkara ke-2 yang aq runsingkan... aq mengalami masalah dalam subjek yang memerlukan aq untuk mengira-ngira... STATISTICS 1 adalah subjek yang semakin aq gemari kerana aq semakin memahami apa itu stats... namun apa yang aq sudah ulangkaji semalam kini aq sudah lupa kembali... tidak!!!!! aq rasa sangat kecewa dengan diriku ini...


perkara pertama yang aq runsingkan adalah, diriku sendiri... aq rasa aq harus berubah ke arah yang lebih baik...


"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)


(^_^)




Tuesday, November 09, 2010

1st day exam!!!

salam...

semalam, hari Isnin, 8 Nov 2010, aq mghadapi 'final' dgn perasaan yg agak excited...
paper 1st aq adalah Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)!!! mlm b4 paper ni bru r aq hbes mentelaah 4 subjek ni... huhu... cuak kot but excited... x tau r npe... maybe 1st time exam kt uni kot... :P

dgn perasaan yg excited ni td aq pun brsiap r cpt2 even exam stat jam 2... rum8 aq dh pon gerak pg2 lg cos die ade amek paper 'TMX 1001'... paper ni sal gadget2 r... aq lulus paper ni b4 ni sbab paper ni ad ujian yg wajib sume dak 1st year amek... seb bek aq lulus ujian yg dpanggil 'UPIT'... so xd r kne amek paper ni... :P

cite nye senanye cmni... aq dh msuk 'exam hall' yg senanye adalah bilik seminar... aq dh pon amek tmpat duduk yg ley aci dok je ne2 yg kita mau... so aq dok r kt tgh2 dan dimana ianya brtangga... then lecturer 2 pun ckap r sal peraturan yg sume pelajar or 'calon exam ' kne ikut...
tbe2 ad r lecturer 2 mentioned sal slip exam yg sume org kne angkut ke sna-ke sni... aq pon usha2 r... oppsss!!! i LEAVE my exam slip!!! aq jd sungguh gabra as ad sorang bdak tu kne blek amek slip die... aq mmg cuak gila r kt stu... but aq x ngaku pon yg aq x bwak slip exam... :P

tgk2 xd pe pon yg kne... aq dok jwb exam sampai r hbes... tp die x cek pon slip exam... haha... lega... :P

kini aq kne sedia utk brhadapan ngan paper 'ESE'... hajar pon amek paper ni... tp yg paling2 aq cuak adalah paper 'STATISTIC 1'!!! aq mmg x gemarkn bab2 yg kne kire2 nie... aisssyyy.... !!! :(

go!!! kaled go!!!

(^_^)

Friday, November 05, 2010

hari terakhir 'study week'!!!

salam...

hari ini bersamaan hari jumaat,5 nov 2010!! mrupakan hari trakhir bg mgu ulangkaji aq...
namun aq x gk stdy... ad r gk touch sket2 but x hbes...!!! pe r nk jd ngan aq ni... :(

tiap2 hari brmula hari isni yg lalu aq kuar g bandaraya Kuching pd mlam hari!!! then blek kolej bile azan subuh berkumandang!!! ish3... pe r nk jd nag n aq ni... tp jgn lak salah sgka... aq x wat pe2 pun... just kuar lpak ngan membe2... blek umah aq tdo r pas menunaikan kewajipan pada-Nya... bgon2 dh matahari tegak atas kepala... huhu... itu r yg aq lakukan setiap hari...

tp yg bgosnye, aq g ke libry pas maghrib sampai r libryu tutup... namun jgn sgka aq stdy glak2... aq ke sna mmg niat nk stdy tp len yg aq wat... sebagai contoh, usha FB... update blog... hah... jika korg perasan sejak 2 menjak ni aq update blog an... 2 r pasal!!!

hari ni aq 1st time in my life men KAYAK!!! syok hbes!!! mklum r 1st time!!! seb bek ad kwn aq sorg ni housem8 kwn aq memerangkap ahli kelab kayak universiti... jd die r yg ajar aq cne nk control kayak td... tq mas kurniawan... kredit to him...

mlam ni aq nk hbeskn stdy TITAS yg aq dr hr tu g x hbes2... go kaled! go!!! :P

doakan aq dlam exam aq kali ni ok...

(^_^)

Wednesday, November 03, 2010

suatu penantian...

salam,

sudah lama aq tidak menjenguk blog ku yg dh berhabuk-habuk ni.
lalu aq pun tukar r sket penampilan blog ku ini. sebelum ini aq xd kemudahan untuk brbuat sedemikian rupa namun kini... huhu... pun sme gk...



haha... aq pun x tau pe nk tulis kt blog ni... ngah wat assgment yg aq kne pass up sok... jd agak serabut r gk... dh r exam pun makin hampir... aq semakin lame semakin malas rsenye... 2 yg aq sgt2 serabut ngan nk cover topik2 yg payah bg aq...

  • statistic bio 1
  • cell bio
  • gen. genetics
  • gen. chemistry
  • bioD
itulah antara 5 core subjects aq yg aq kne pulun skang... adoy!!!

tp aq agak gembira gk... sebab kwn aq dh aktif berblog kembali... :P iaitu adib bakeri!!!

ok r... ingin kembali fokus pda kerjaku ini...

(^_^)

Thursday, October 14, 2010

Syaitan Itu Kreatif....




Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!



Sumber: http://genta-rasa.com/2010/07/26/syaitan-itu-kreatif/#more-1088

Wednesday, September 22, 2010

salam rindu...

lama sgt dh x jenguk blog site ni... kdg2 rase malas lak nk update... maklum r aq xd kemudahan lg... byk btol malang yg menimpa2 diri ni...

1) x dpt PT...
adoy... hbes r wet aq kalo cmni... aq dh bajet dh pe yg ptot aq wat ngan wet tu... tp xp...

2) x dpt JPA...
aq mmg agak dh x dpt ni... tp aq optimistikkan diri aq agar mohon je pe yg ad... so, aq pon mohon je r... tp mmg x dpt...

3) x dpt Unipack lg...
aq ni dh r xd lappy... ssah sket r nk wat kje kt U ni... maklum r msok2 j U lcterer suh dwnload notes sume kt e-learning... hbes r aq...

4) wet dr Perak pon x dpt2 g...
mnx sne sni dpt r sket yg ni... tp dh 3 blan xdpt2 g... adoy...

saket2... masalah wang melanda diriku... tp aq ttp senyum selalu... baru awet mude... :P KDK...


Tuesday, August 10, 2010

salam Ramadhan... =)


saya mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kpd semua umat islam...

maaf...

salam sayang sume... sy nk pohon maaf sbab xd mse nk update blog nie... + sy mgkin akan mnkar blog ni... maaf skali lg... huhu...

Tuesday, June 15, 2010

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

salam sume...
sedar x sedar kita telah pun melangkah masuk ke bulan REJAB... jd kt sni saya (slalunya gne 'AQ') nk kongsikn sket tntg bulan Rejab ni... tp maaf r ni pun saya "copy & paste" je... huhu... :P



Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com


Pernah diterbitkan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=571

*sebarang info2 yg anda ingin tahu dengan lebih lanjut, sila klik sini.

Monday, June 07, 2010

recipe... :D

huhu...
salam sayang...
hari ni xd mood nk b'cerita tntg kisah hidupku di 'sudah berHABUK' (part 3)...

jd nk kongsi/share resipi tom yam yg amat lazat... :P

*********************************************
Bahan
ayam di potong kecil2 (comel2 tau...)
udang (kalo nk, + sotong + ... + ... + etc)
serai di titik (pukul sekuat hatimu...)
daun limau purut
bawang besar di hiris
bawang putih di ketuk
cili api
tomato
kobis ( + sayuran len lg best!!!)
daun bawang
daun ketumbar
limau nipis
air
garam
kiub tom yam (x ksah brand ape pun... :P)

Cara

1. didihkan air dlm periuk.
2. masuk serai yg dititik dan daun limau purut.
3. masuk ayam biar sampai masak.
4. masuk bahan2 yg lain kecuali udang, daun bawang, daun ketumbar dan jus limau nipis.
5. biar bahan2 tadi masak.
6. masuk udang, daun bawang, daun ketumbar jus limau nipis dan garam
7. siap utk di hidang

*gambar ihsan Mr. G

tp mst ad yg akan tnye...
"cmne ek nk buat tom yam biar pkat mcm org thai buat?"

korg rase2 kn cne ek depa wat tom yam bapaaak sedap??
aq ad tips sket r...

kalau nak pekat mcm mkn kat tom yam pattani tu, taruk le perahan asam jawa byk2 rasa masam die tu, pastu tumbuk cili padi byk sikit memang terangkat, rase mcm mkn kat kedai, kalau buat tak taruk pun pes tomyam tu, buat sendiri, fresh lagi...
+ de gk org letak kn tomato... best gk...

dh siap pe g... korg pelahap r...!!! :P

******************************************

ni senanye aq slaloo masak kt matrik lu...
huhu...
best kot dpt msak2!!!
hilangkan tekanan blaja...

syyyyhhhhh!!!
jgn gtau org len yg aq bwak dapur gas yg comel ke matrik...
ni rahsia kita... :P

*try r ek...
*kalo x sedap 2 salah sendiri r... :P

Saturday, June 05, 2010

sudah berHABUK!!! (part 2)

********

ok...
mari kte smbg kisah hidup aq yg agak x masyhuk ni... :P

hampir 1 mgu aq tgu punye tgu...
lalu tiada sbarang jawapan!!! :(
aq ngan pantasnye mengatur temu janji ngan boss lameku iaitu pemilik sebuah stesen minyak!!!
(harap maaf, segala info adalah ahsia... :P)

lalu aq tros d'berikan kerja d'sne... ptg 2 gak aq masok kje... wah!!! xsaited gile kot!!!

*semat x gmbr...

jd... b'mulalah kisah hidup aq yg baru...

kte smbung nnt lak r ek... penat ni... bru blek dr kg... :P

***********