Monday, August 08, 2011

Sketsa Ramadhan - (minggu pertama)

salam Ramadhan...

bulan Ramadhan sudah tiba lagi... mesti korang sume suka kan... al-maklum lah, bulan Ramadhan ni banyak ganjaran yang kita dapat... itu pon kalau kita buat amal ibadat dengan sempurna lah... ye tak? bukan ganjaran yang tu (harta benda) yob oii... ni ganjaran akhirat... penting yob oii... kalau kat dunia ni kita adalah orang paling kaya harta namun tak semestinya kita orang paling kaya juga di akhirat nanti... kaya apa? kaya amalan (pahala)... insyaAllah korang semua tidak tergolong dalam golongan yang banyak melakukan perkara mungkar...

banyak ragam yang kita dapat lihat dalam bulan Ramadhan ni... tak percaya? korang harus percaya... sempena MINGGU PERTAMA kita berpuasa ni, aq dapat melihat perkara sedemikian terjadi... termasuklah pada diri aq sendiri perkara-perkara tersebut terjadi...




SAHUR
-hari pertama memang sangat-sangat dinantikan... maklumlah semangat untuk ber puasa pada hari pertama lah katakan... mesti excited! makan sahur pon dengan penuh berselera dan gelojoh... takut nanti dah masuk imsak tak sempat lak nak minum air... huhu... lepas sahur dengan penuh semangatnya juga mandi air sejuk (kalau takde heater) untuk pergi solat subuh berjemaah di masjid yang berhampiran... Alhamdulillah syukur... :)

masok hari seterusnya... beransur-ansur hilang semangat nak bersahur... mengantuklah halangan utama! dah bangun bersahur pon tidak inikan pula nak mandi untuk solat ke masjid... hari pertama begitu cemerlang sekali dengan azam untuk melakukan banyak amal ibadat dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ni...

marilah kita ambil berkat sahur tu kawan-kawan... walaupon dengan minum seteguk air dapat berkat sahur tu... (setakat ni alhamdulillah aq takpernah lagi terlepas sahur...)

TENGAH HARI
-
aduhai! panasnya hari ni... hati mengeluh kecil... namun pada hari pertama semuanya seperti ok saja... panas sejuk diharungi dengan mantapnya... (dengan bantuan penghawa dingin di rumah mestilah ok!) haha... ketika ini tidak banyak halangan yang harus dilalui... cuma mungkin banyak memikirkan tentang apalah juadah berbuka petang nanti... bab juadah berbuka ni, pada hari pertama sehingga akhir-akhir Ramadhan nanti setiap insan yang berpuasa akan asyik terfikirkannya...

BAZAR RAMADHAN
-inilah yang membuatkan uniknya Ramadhan pada bulan-bulan lain tak ada bazar Ramadhan ni... yang ada hanyalah pasar malam... pasar tani... pekan rabu... pekan selasa... dan bermacam lagi... bazar Ramadhan memang akan wujud ketika bulan Ramadhan SAHAJA! ada tak orang panggil pasar-pasar yang lain tu bazar Rejab ketika bulan Rejab? Sya'aban? tak ada bukan? huhu...

dan ketika inilah nafsu manusia-manusia yang berpuasa memuncak-muncak! pelbagai juadah disambar untuk menyantap ketika berbuka nanti... huhu...namun....?




BERBUKA
-namun? tak habis ketika berbuka... membazir sahaja... kita haruslah berjimat ketika membeli atau berbelanja... bukan sahaja ketika Ramadhan, bulan-bulan lain juga harus kita amalkan sikap berjimat-cermat ni... membazir adalah amalan syaitan! tak baguslah kita mengikut jejak langkah syaitan yang direjam...

makan selepas tarawih? owh... patutlah borong sakan di bazar tadi... lapar selepas tarawih... tapi ingat! beli ikut 3K!
  • keperluan (beli jika perlu)
  • kemampuan (beli jika mampu)
  • ketakwaan (beli dengan peniaga yang menjaga adab dan agamanya iaitu Islam)
yg 3K ni ada ustaz ni bagi tazkirah selepas tarawih tu... K yang 1st dan 2nd tu mesti korang faham kan? cuma yang K ke3 ni bermaksud, janganlah kita membeli jualan orang yang tidak menjaga adab serta agamanya iaitu Islam... orang yang berniaga kat bazar tu mestilah Islamkan! namun, adakah dia menutup aurat? (jika wanita - tudung) jika kita membeli juga seperti kita menyokong dia membuka aurat... ustaz tu cakap, bulan Ramadhan ni sebaik-baiknya dia tutuplah aurat even dia memang tak pakai tudung pon ketika bulan yang lain... seelok-eloknya dia pakai... :)

faham?

TARAWIH
-huhu... hari pertama... mak aiiiihhhhh... nak parking basikal pon tak ada tempat dah... inikan pula kereta! penuh masjid sampai jemaah dok solat luar masjid... esok lusa,makin sepi pula masjid... jangankan nak parking basikal, parking lori kontena 14 biji pon boleh!


itulah kisah di bulan Ramadhan... bulan lain kita takkan dapat lihat senario-senario seperti ini... betul tak?



namun, jangan dilupa... kita berpuasa tidak makan dan minum, bukan ber'puasa' tidak solat dan melakukan tugas harian serta amalan ibadat yang lain... :)

No comments: