hari ni hari yang ke-14 kita berpuasa... dah masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan pon... sedar tak sedar, tak lama lagi Syawal menjelma... :)
sepanjang bercuti kali ni banyak masa aq pergi pusing-pusing Malaysia! sangat best dan banyak menghabiskan duit! hurrmmm... nak buat macam mana pula kan? "we need to lose something, to get something" tak apa lah duit beribu-ribu boleh di cari betul tak? percutian sana sini dengan keluarga atau kawan-kawan susah nak cari! huhu...
jadi minggu pertama berpuasa hari tu aq tak jalan ke mana-mana pon... stay kat rumah je... tapi untuk minggu kedua ni dah ada plan dengan kawan-kawan sekolah aq untuk menimba pengalaman berpuasa kat tempat lain pula... hoho... ke mana? akan didedahkan selepas kami balik bercuti nanti... ini bukan percutian biasa kerana percutian ni dilakukan dalam bulan Ramadhan! bukan apa, kami ni memang 1 kepala... tak boleh nak stay kat rumah lama-lama sangat! jadi penat pula... hihi... XD
bukan apa, saja nak mencari kelainan dalam bulan Ramadhan kali ni... :)
aq sekarang selalu buat kek kat rumah... bosan gamaknya... huhu... mak pon tak ada halangan, on je kalo aq nak buat kek... mak memang kenal anak lelaki dia yang sorang ni, sebab aq ni memang suka memasak! hobi kot... :) jadi aq pernah bercita-cita untuk membuka sebuah restoran! dan aq juga sekarang bercita-cita juga untuk membuka sebuah kedai roti dan kek! BAKERY! huhu...
walaupon aq mengambil degree dalam bidang yang memang tak ada kaitan dengan masakan tapi aq still boleh merealisasikan cita-cita aq kan? biotek dengan kulinari... hurmmm... memang jauh bezakan? sebelum aq melangkah ke alam universiti dulu, sewaktu aq di matrikulasi, aq pernah terfikir nak mengambil program KULINARI di universiti... tapi setelah mendapat respon mak dan abah serta berfikir panjang aq tak jadi ambil... :( sebabnya, penat-penat aq study kimia, biologi, maths bagai tiba-tiba nak ambil kulinari! hihi...
tapi aq still memasak kat rumah! hoho... hepinye!
*ni pula kek yang aq buat khas untuk Syafiq kawan aq sempena bufday dia
yang ke-21! :P
klik sini... :)
yang tengah potong kek tu lah Syafiq!
sekian dulu, aq kena bersiap cepat ni... ada iftar di Ipoh bersama kawan-kawan repeaters matrik dulu... ye repeaters! saya ni kurang cerdik sedikit daripada kawan-kawan tapi banyak daripada Albert Einstein!
selamat berbuka! :)
1 comment:
cam sedap kek. leh bukak kedai bakeri nih
Post a Comment