Thursday, September 20, 2012

final year!

semakin hari cabaran hidup semakin sukar dan itulah yang boleh aq gambarkan dalam kehidupan aq bergelar mahasiswa di Sarawak... kini menjejakkan kaki di alam tahun akhir yang bakal berdepan dengan pelbagai kepayahan antaranya Projek Tahun Akhir (PTA)... alhamdulillah aq dapat seorang supervisor yang agak garang dan tegas, mungkin inilah turning point aq untuk menjadi mahasiswa yang hebat... ecececehhh... seriously aq katakan yang tajuk PTA aq is not as easy as it seems... banyak yang perlu aq buat...

first step proposal writing... aq kena emelkan SV aq my proposal regarding the FYP on August! dan ketika itu aq sedang LI... but fortunately aq berjaya siapkan dan aq tahu ada banyak kurangnya proposal tu... tapi xpe lah memandangkan yang die nak hanyalah draft but i gave him the real one... senang sikit untuk aq betulkan bila die dah teliti proposal... betul x?

ketepikan ayat skema dan kisah Final Year itu... skang aq nk cite journey yg aq lalui ketika awal2 masok sem final year...

one of my bestfriend ikot aq balik ke Sarawak utk melancong dan alang2 aq balik awal ke sini aq ley lah jd tour guide x berbayar dan kurang pengalaman... huhu... rokers! ye, rokers! die follow aq dan lepak bersama aq selama 5 hari je... tp aq bwak die pusing mostly in Kuching area as aq belajar dekat area tu... nak g Miri ke Bintulu ke x ckup bang 5 hari sbb jauh sgt... apepun aq hrp rokers puas hatilah...

byk gak lah tmpat yg aq g even ad gak tmpt yg aq x pernah g aq g sbb rokers ad... huhu... aq bwak rokers g makan mee cendawan and it is really awesome! every sem aq akan g mkn mee cendawan ni... sedap kot! *drolling! haha... then bwak rokers g Serikin... shopping2 sket... aq beli gak payung... sbb payung lama dah hilang! cis! sungguh si pencuri! then tros ke Fairy Cave! esoknye g muzium! semua muziumyg ad kt area Kuching sume kteorg g... best lak g muzium... haha... g muzium kucing gak! byk woo kucing kat sne... best3! tidak dilupakan Sarawak Cultural Village! *bwak student card utk harga murah...!

selain dri melawat tmpat2 yg best! aq gak bwak rokers g rse makanan2 tradisional Sarawak contohnye mee kolok! ayam penyet! tabaloi! cuma yg rokers nak iaitu umai xdpt cari dan gak manok pansuh... (manok = ayam) aq pon kecewa gak sbb aq bru sekali try mkn manokpansuh... sedap kot! kecewanyeee!!







namun, dlam keseronokkan berjalan di bumi Sarawak... rokers dan aq dikejutkan dgn 1 berita gempar yg tidak disangka2 oleh kami berdua... Amzarul Azfar, member SEMESTI kami sudah dijemput mengadap Allah Maha Besar... Al-Fatihah utk arwah... aq sgt terkilan atas pemergian sahabatku tu sbb aq kenal die sejak dr sekolah rendah lg dan sebelum aq balik ke Sarawak aq sempat berjumpa dgn die di masjid selepas solat Jumaat... ibu die yg menelefon aq memberi khabar pemergiaan die sgt sedih sehingga x mampu berkata2 dgn aq... aq sebak sampai menangis di kedai makan yg ketika itu aq, rokers dan heykal sedang brekfes bersam sebelum kami meneruskan rancangan utk mendaki Gunung Gading... ajal maut di tangan Allah... x kira umur tempat mahupun masa... insyaAllah kita bersedialah utk menemui-Nya...

*wish me luck with the FYP... :)

No comments: